fbpx

1 Julai – Pusat Pendidikan Al-Itqan telah berjaya menganjurkan program kitar semula minyak masak terpakai semalam, sebagai salah satu usaha murni memelihara alam semula jadi.

Program yang berlangsung pada hari Selasa (30 Jun) itu berjalan serentak di dua lokasi utama, iaitu di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Al-Itqan & Tadika Pintar Al-Itqan , serta di hadapan kedai koperasi bangunan Sekolah Menengah Al-Itqan.

Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menyedari tanggungjawab menjaga bumi daripada kerosakan, selaras dengan tuntutan ayat suci al-Quran (Surah al-Qasas: 77). Menariknya, semua hasil jualan daripada pengumpulan minyak masak terpakai ini akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pengoperasian sekolah.

Pihak pengurusan Al-Itqan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua waris dan warga sekolah yang terlibat menjayakan kempen ini demi kelestarian alam sekitar.