Tahun penubuhan
Institusi
Staf (Guru dan Pentadbiran)
Pelajar
Integrasi Pendidikan Al-Itqan
Tadika Pintar Al-Itqan
4 tahun hingga 6 tahun
Sekolah Rendah Al-Itqan
7 tahun hingga 12 tahun
(6 tahun bermula sesi persekolahan 2027)
Sekolah Menengah Al-Itqan
13 tahun hingga 17 tahun
FALSAFAH PENDIDIKAN MIEB
“Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.”
“MEMBENTUK GENERASI RABBANI”
MATLAMAT AL-ITQAN
Kemenjadian Murid
- Pencapaian murid melalui penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
- Penguasaan bahasa dengan lebih baik
- Pemahaman yang unggul terhadap Al-Quran secara menyeluruh
- Pemerkasaan kemahiran diri pelajar.
- Membangunkan sikap yang berdaya saing, ingin tahu, kreatif dan kritikal.
- Pengupayaan peranan PIBG/Ibubapa/Penjaga
Guru Profesional
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- Pemerkasaan program pembangunan kemahiran dan pengurusan guru dalam pelbagai kepakaran
- Guru ikon kepada masyarakat
- Pemerkasaan kemahiran diri pelajar.
- Pembangunan program tarbiah guru dan staf
Pengurusan Cekap dan Effisien
- Pemerkasaan dan penguasaan sistem pengurusan data dan audit
- Pengukuhan dan kestabilan kewangan
- Pengupayaan program pembangunan staf
- Imej dan promosi profesional institusi
- Perkhidmatan pelanggan yang effisien
Infrastruktur yang kondusif
- Persekitaran yang selamat dan bersih
- Kelas mesra pendidikan dalam teknologi
- Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
Sejarah Al-Itqan
- 1998 Sekolah Rendah
- 2008 Sekolah Menengah
- 2015 Tadika dan Maahad Tahfiz
- 2016 Bahagian Pentadbiran
- 2018 Taska
- 2021 Pecah Tanah
- 2024 Bangunan Baharu
- 2026
Institusi pertama Al-Itqan ditubuhkan pada tahun 1998 dengan nama Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Islah.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini beroperasi di sebuah rumah dua tingkat yang beralamat di 459, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang, dengan kekuatan seramai 70 orang pelajar dan 6 orang guru.
Sepuluh tahun kemudian, Sekolah Menengah Al-Itqan ditubuhkan di tapak kekal Pusat Pendidikan Al-Itqan.
Pada tahun yang sama, nama Sekolah Rendah Al-Islah ditukar kepada Sekolah Rendah Al-Itqan bagi memenuhi keperluan proses pendaftaran institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Dua buah institusi baharu, iaitu Tadika Permata Al-Itqan dan Maahad Tahfiz Al-Itqan telah ditubuhkan bagi meluaskan lagi portfolio pendidikan.
Susulan pendaftaran rasmi di bawah kelolaan Tadika Islam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), nama Tadika Permata Al-Itqan kini ditukar kepada Tadika Islam Amal Intelek.
Sebagai langkah memantapkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran, Bahagian Pentadbiran Al-Itqan telah ditubuhkan bagi memusatkan fungsi utama merangkumi kewangan, sumber manusia, media dan teknikal, dana, logistik dan fasiliti. Melalui pemusatan ini, pengurusan institusi pendidikan peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah menjadi lebih tersusun, sekali gus membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran.
Kredibiliti institusi ini terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganugerahkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat daripada syarikat pembangunan hartanah melalui pembinaan empat blok bangunan pendidikan lima tingkat. Dibina di atas tanah kekal milik Pusat Pendidikan Al-Itqan, fasiliti ini mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 orang pelajar.
Walau bagaimanapun, blok bangunan ini dibina tanpa kelengkapan peralatan pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan asas seperti perabot, kipas dan keperluan bilik darjah yang lain. Sehubungan itu, pihak institusi kini giat menjalankan usaha pengumpulan dana bagi meraih sumbangan daripada masyarakat demi memastikan prasarana yang lengkap dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat disediakan untuk para pelajar.
Bagi menyediakan sistem sokongan kepada staf yang mempunyai anak kecil, Taska Amal Intelek telah ditubuhkan untuk memberi penjagaan kepada kanak-kanak seawal usia satu hingga tiga tahun. Taska ini turut berperanan sebagai fasa transisi awal pendidikan sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya.
Di samping itu, bagi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Pendidikan Al-Itqan yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2023, tanah kekal milik institusi ini telah dikosongkan. Rentetan daripada fasa pembangunan tersebut, Sekolah Menengah Al-Itqan telah berpindah dan beroperasi secara sementara di Bangunan Sekolah Agama Sungai Ara yang terletak 15 kilometer dari tapak asal.
Detik bersejarah pembangunan institusi ini bermula apabila Majlis Perasmian Pembinaan (Pecah Tanah) Kompleks Pendidikan Al-Itqan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada 24 April 2021.
Ketika ini, peneraju utama yang mengemudi hala tuju dan pentadbiran institusi ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdul Aziz selaku Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) Pusat Pendidikan Al-Itqan.
Satu lagi mercu tanda kejayaan tercipta apabila Kompleks Pusat Pendidikan Al-Itqan telah diserahkan secara rasmi oleh pihak pemaju untuk diduduki. Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Al-Itqan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid pada 19 Ogos 2024. Kompleks serba moden yang terdiri daripada empat blok bangunan lima tingkat ini kini menampung operasi Sekolah Menengah Al-Itqan, Sekolah Rendah Al-Itqan, dan Tadika Amal Intelek (Pintar Al-Itqan). Integrasi pendidikan ini mempunyai seramai 497 orang pelajar dan 85 orang kakitangan yang merangkumi tenaga pengajar dan bahagian pentadbiran.
Seiring dengan penjajaran semula struktur pendidikan institusi, Tadika Amal Intelek kini secara rasminya menggunakan nama Tadika Pintar Al-Itqan. Sementara itu, operasi bagi Taska Amal Intelek telah ditamatkan sepenuhnya.
Majlis Perasmian Pembinaan (Pecah Tanah) Bangunan Pusat Pendidikan Al-Itqan pada 24 April 2021
Pelaporan beritan dalam Buletin Mutiara https://www.buletinmutiara.com/projek-pembinaan-pusat-pendidikan-al-itqan-beri-nilai-tambah-kepada-masyarakat-islam-di-pulau-pinang-kon-yeow/
Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pusat Pendidikan Al-Itqan pada 19 Ogos 2024
Turut mendapat liputan di dalam Buletin Mutiara https://www.buletinmutiara.com/pusat-pendidikan-al-itqan-jadi-satu-lagi-mercu-tanda-pembangunan-wakaf-negeri-tkm1/