fbpx

Inisiatif Agenda STEM Al-Itqan terus mencatat perkembangan positif hasil sokongan berterusan daripada para penyumbang. Program kutipan sumbangan mingguan Sedekah Jumaat AL-ITQAN yang dilaksanakan setiap hari Jumaat sejak 28 November 2025 bagi pembelian smart board telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM18,728 setakat 4 Jun 2026.

Hasil kutipan tersebut membolehkan pihak sekolah merancang pembelian buat kali pertama dua unit smart board bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Al-Itqan dan Sekolah Rendah Al-Itqan.

Seiring dengan perkembangan ini, kutipan pusingan ketiga telah dimulakan pada 29 Mei 2026 bagi merealisasikan pembelian smart board ketiga. Usaha ini akan diteruskan secara berperingkat sehingga sasaran sebanyak 28 unit smart board dapat disediakan untuk setiap kelas di kedua-dua sekolah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang atas komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkan. Maklumat perkembangan pembelian smart board akan dikongsikan dari semasa ke semasa sebagai makluman bersama.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di capaian https://www.alitqan.edu.my/zakat-qurban-wakaf/sedekah-jumaat-al-itqan/.