Pusat Pendidikan Al-Itqan (AL-ITQAN) Pulau Pinang merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang bernaung di bawah rangkaian tadika, sekolah rendah dan menengah Musleh (MIEB).
Terdapat TIGA (3) buah institusi pendidikan di bawah Pusat Pendidikan Al-Itqan yang menawarkan pendidikan pra-sekolah (seawal umur 4 tahun), sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tadika Pintar Al-Itqan, Sekolah Rendah Al-Itqan dan Sekolah Menengah Al-Itqan merupakan institusi pendidikan yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Ketiga-tiga institusi pendidikan ini berada dalam satu premis yang dikenali sebagai Kompleks Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang yang terletak di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
5 nilai AL-ITQAN
SELAMAT . SEJAHTERA . BERSIH . LESTARI . RAHMAH
MEMBENTUK GENERASI RABBANI
Bagi mendapatkan pelaporan aktiviti terkini dan komprehensif setiap institusi, sila layari Facebook di bawah.
Untuk pendaftaran baharu ke Tadika, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, dan juga semakan permohonan, sila
PENGUMUMAN AL-ITQAN
Selamat menduduki Ujian Amali Sains SPM 2026 kepada pelajar aliran sains Sekolah Menengah Al-Itqan!
Seluruh warga Sekolah Menengah Al-Itqan mengucapkan selamat menduduki Ujian Amali Sains kepada semua pelajar Tingkatan 5 aliran sains. 🧪Jadual peperiksaan:📌Fizik – 16 November 2026 (Isnin)📌Kimia – 17 November 2026 (Selasa)📌Biologi – 18 November 2026 (Rabu) Murid-murid...
Initiatif Sedekah Jumaat AL-ITQAN kini beralih sasaran buat sementara waktu dari pembelian smartboard ke pemasangan kemudahan internet berkelajuan tinggi.
Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang selama ini. Alhamdulillah, projek kutipan sumbangan mingguan bermula pada setiap hari Jumaat ini telah membuahkan hasil yang diidamkan secara perlahan tetapi berdikit-dikit. Selepas hampir setahun dimulakan...
Jawatan Kosong Guru di Sekolah Menengah Al-Itqan dan Sekolah Rendah Al-Itqan
JAWATAN KOSONG GURU Pusat Pendidikan Al-Itqan kini membuka peluang kepada individu yang berkelayakan, berdedikasi dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pendidikan untuk menyertai pasukan pendidik kami. Kekosongan jawatan adalah seperti berikut: SEKOLAH MENENGAH...
Jawatan Kosong: Pengawal Keselamatan Sekolah
📢 KEKOSONGAN JAWATAN: PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH Hantarkan permohonan berserta CV lengkap ke career.hr@alitqan.edu.my atau isi pautan https://my21.awfatech.com/main/app/job/job_reg.php. ☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: 019-4817032 (Hafizah) 011-10202943...
Jom bayar zakat kepada ZAKAT Majlis Agama Islam Pulau Pinang (ZAKAT MAINPP) melalui AL-ITQAN
TUNAIKAN ZAKAT ANDA MELALUI AL-ITQAN Setiap zakat anda tunaikan melalui AL-ITQAN bukan sekadar ibadah, tetapi juga menjadi pelita ilmu yang menerangi jalan anak-anak Islam ke arah menjadi generasi Al-Quran. “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah...
Jom daftar anak di Tadika Pintar Al-Itqan bagi sesi persekolahan 2027!
PENDAFTARAN KEMASUKAN SESI 2027 TADIKA PINTAR AL-ITQAN Jom Daftar Sekarang!! 😊https://bit.ly/pendaftaranalitqan
BERITA AL-ITQAN
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Muallimah Zanariah Mohamed untuk jasa bakti selaku Guru Besar Tadika Pintar Al-Itqan!
🌷 SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌷 Pusat Pendidikan Al-Itqan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Muallimah Zanariah binti Mohamed atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat sebagai Guru Besar Tadika...
Kutipan smartboard unit ke empat berjaya disempurnakan dan proses pembelian sedang diusahakan.
🖥️ INISIATIF SEDEKAH JUMAAT AL-ITQAN (Smartboard) Alhamdulillah, hasil sokongan dan sumbangan para dermawan, kutipan bagi pembelian Smartboard ke-4 Pusat Pendidikan Al-Itqan telah berjaya mencapai sasaran! 💚 Jumlah Kutipan: RM9 729. Setinggi-tinggi penghargaan dan...
Temuduga kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Al-Itqan bagi sesi persekolah 2027 berlangsung dengan jayanya.
Sesi Temuduga Murid Baharu bagi kemasukan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2027 Sekolah Menengah Al-Itqan telah berlangsung dengan jayanya pada 7 November 2026. Penilaian yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari tersebut bermatlamat...
Murid-murid Tahun 5 Sekolah Rendah Al-Itqan selamat menduduki UPKK 2026!
"Anak-anak calon UPKK, mungkin hari ini kamu penat mengulang kaji, tetapi ingatlah bahawa setiap helaian yang dibaca, setiap ilmu yang dipelajari dan setiap doa yang dititipkan adalah langkah menuju kejayaan. Buatlah yang terbaik, bukan untuk mengalahkan orang lain,...
Majlis Bacaan Yassin ibu bapa, guru dan pelajar Tahun 5 Sekolah Rendah Al-Itqan bersempena peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2026
Sekolah Rendah Al-Itqan Pulau Pinang telah melangsungkan Majlis Bacaan Yassin sempena peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2026 pada hari Jumaat, 30 Oktober 2026. Majlis kerohanian yang bermula pada jam 7.45 malam tersebut telah diadakan secara dalam talian...
Majlis Penutup Panitia Syariah 2026 Sekolah Rendah Al-Itqan meriah dengan sesi penyampaian hadiah!
Majlis Penutup Panitia Syariah 2026 Sekolah Rendah Al-Itqan bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 (Tahap 2) telah berjaya dilaksanakan pada Jumaat, 30 Oktober 2026. Seiring dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang telah selesai dilaksanakan, kemuncak program ini diserikan...
Pencapaian Terkini Initiatif Agenda STEM AL-ITQAN
(Kemudahan Internet Berkelajuan Tinggi)
Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang selama ini. Alhamdulillah, projek kutipan sumbangan mingguan bermula pada setiap hari Jumaat ini telah membuahkan hasil yang diidamkan secara perlahan tetapi berdikit-dikit.
Selepas hampir setahun dimulakan initiatif Sedekah Jumaat (Smartboard) ini, sumbangan sebanyak RM36681 teleh berjaya dikumpulkan bagi membeli 4 unit Smartboard bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Al-Itqan dan Sekolah Rendah Al-Itqan bermula dengan sesi persekolahan 2027, insya Allah.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
📢 INISIATIF INI SETERUSNYA BERALIH KEPADA PEMASANGAN KEMUDAHAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI! 📶
Bermula pada Jumaat, 6 November 2026, kutipan Sedekah Jumaat AL-ITQAN bertukar fokus buat sementara dari pembelian Smartboard kepada pemasangan kemudahan internet berkelajuan tinggi di Pusat Pendidikan Al-Itqan bagi menyokong pembelajaran digital serta penggunaan teknologi pendidikan dengan lebih optimum.
Teruskan sokongan anda bagi menjayakan agenda STEM AL-ITQAN!
SASARAN DANA (KEMUDAHAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI) AL-ITQAN
RM70000
- JUMLAH BESAR TERKUMPUL: RM713 1%
- BAKI DANA DISASARKAN: RM69287 99%
- SEDEKAH JUMAAT: Kemudahan Internet (Fasa 1) – Tempoh kutipan 6 November 2026 – 13 November 2026. Jumlah RM713 7%
Pencapaian Terkini Initiatif Agenda STEM AL-ITQAN (Smartboard)
SASARAN DANA (SMARTBOARD) AL-ITQAN
RM252000 untuk pembelian sebanyak 28 unit smartboard
- JUMLAH BESAR TERKUMPUL: RM36681 14.6%
- BAKI DANA DISASARKAN: RM215319 85.4%
Bayar Zakat Kepada ZAKAT Majlis Agama Islam Pulau Pinang Melalui AL-ITQAN
MENGAPA BAYAR ZAKAT MELALUI AL-ITQAN?
✅ Sekolah Rendah Al-Itqan merupakan Wakil Kutipan Zakat (Sekolah Islam) yang dilantik secara rasmi oleh Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) bagi tempoh 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2027.
✅ Zakat anda dibayar terus kepada ZAKAT MAINPP kerana akaun bank Affin Bank (As-Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd) adalah akaun bank yang dibuka oleh Zakat MAINPP untuk AL-ITQAN.
✅ Pembayaran mudah, selamat dan boleh dilakukan secara atas talian.
✅ Resit pembayaran zakat anda adalah zakat rasmi Zakat MAINPP dalam bentuk asli yang boleh dipos ke rumah (atas permintaan) atau disediakan dalam bentuk PDF.
✅ Zakat anda layak untuk 100% rebat cukai pendapatan LHDN.
✅ Sekolah Rendah Al-Itqan telah menerima Anugerah Pengurusan Zakat MAINPP Terbaik & Inovasi 2023.
✅ Sebagai Wakil Kutipan Zakat, Sekolah Rendah Al-Itqan akan menerima pulangan sebahagian bayaran zakat daripada ZAKAT MAINPP untuk menampung sebahagian kos operasi sekolah seperti keperluan pembelajaran pelajar, gaji staf dan yuran pelajar yang memerlukan.
📲 Hantar slip bayaran dan maklumat pembayar melalui pautan
https://www.wasap.my/+60134784845/zakat
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi:
Puan Natrah, Pegawai Pengurusan Zakat AL-ITQAN (+6013-4784845) atau layari laman sesawang https://www.alitqan.edu.my/zakat-alitqan/.
AKAUN ZAKAT MAINPP
BANK: Affin Bank
N0. AKAUN BANK: 1099 -2020-5161
PENAMA AKAUN: As-Sahabah Urus Zakat SDN BHD
(Akaun ini adalah hak milik ZAKAT MAINPP yang dibuka untuk AL-ITQAN sebagai wakil kutipan zakat)
NO. PERHUBUNGAN:
+6013-4784845 (Puan Natrah)
https://www.wasap.my/+60134784845/zakat
Pegawai Pengurus Zakat AL-ITQAN
Hubungi Kami:
PUSAT PENDIDIKAN AL-ITQAN
No. 1, Tingkat Kampung Masjid 1, Teluk Kumbar, 11920, Bayan Lepas, Pulau Pinang
WAKTU OPERASI PEJABAT:
Isnin – Khamis: 8 pagi hingga 5 petang (Waktu rehat: 1 hingga 2 petang)
Jumaat: 8 pagi hingga 12.30; 2.45 petang hingga 5 petang (Waktu rehat: 12.30 hingga 2.45 petang)
SABTU, AHAD dan CUTI UMUM (TUTUP)
Bahagian Pentadbiran Al-Itqan
(Yuran, Zakat, Wakaf, Qurban)
011-5580 5310
(Sumber Manusia)
011-5995 8871
Sekolah Menengah Al-Itqan
010-8402 580 (Telefon bimbit)
04-625 1656 (Pejabat)
Sekolah Rendah Al-Itqan
010-817 4203 (Telefon bimbit)
04-649 4203 (Pejabat)
Tadika Pintar Al-Itqan
011-5580 5310




























