fbpx

Kontinjen atlet ping pong Sekolah Menengah Al-Itqan telah menyertai Kejohanan KokuSAR 2026 yang berlangsung di SJKC Lee Chee, Tasek Gelugor pada Selasa, 9 Jun 2026.

Seramai 12 orang pelajar bertanding dalam kategori perseorangan dan beregu. Bagi kategori perseorangan, wakil sekolah ialah Muaz Fahri, Hakim, Hanna dan Sufiya. Manakala kategori beregu diwakili oleh Danial Mawardi, Adam Kasyfi, Syamiel, Muaz Jasin, Husna, Syafiqah, Dannia dan ‘Aisyah Siddiqah.

Kontinjen ini diiringi oleh guru pengiring, Muallim Syahmi, manakala muallimah Amal Solehah telah dilantik sebagai salah seorang pengadil kejohanan ini.

Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja bertujuan menguji kemahiran, malah menjadi platform penting untuk membina disiplin, ketahanan mental serta semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para atlet yang telah terpilih dalam menjulang nama Sekolah Menengah Al-Itqan.