Bagi pihak seluruh warga Pusat Pendidikan Al-Itqan, kami merakamkan setinggi-tinggi doa dan harapan agar perjalanan Muallim Mohd Issalni Bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Al-Itqan ke Tanah Suci sentiasa berada dlm peliharaan Allah سبحانه وتعالى.
Semoga Allah mengurniakan Muallim kesihatan yg baik, kekuatan tubuh badan, kelapangan jiwa, dipermudahkan setiap urusan ibadah, serta diterima segala amal sebagai haji yg mabrur dan penuh keberkatan.
Sesungguhnya pemergian Muallim sebagai tetamu Allah adalah satu kegembiraan buat kami seluruh warga Al-Itqan. InsyaAllah, kami di sini akan terus mengiringi dgn doa, memohon agar Allah menerima setiap munajat Muallim di bumi haram, dan semoga Muallim tidak melupakan kami, warga pendidik, anak² Al-Itqan serta seluruh umat Islam dalam doa² di hadapan Kaabah dan di tempat² mustajab.
Kami juga mendoakan agar Muallim berangkat dgn persiapan yg baik, pulang dgn membawa nur hidayah, keinsafan serta keberkatan yg melimpah untuk terus memimpin, membimbing dan mentarbiah ummah.
Labbaikallahumma labbaik.
Recent Comments