Temuduga kemasukan murid Tahun 1 ke Sekolah Rendah Al-Itqan bagi sesi persekolahan 2027 telah dilaksanakan pada Sabtu, 24 Oktober 2026. Sesi ini merupakan langkah awal pihak sekolah untuk mengenali bakal murid dengan lebih dekat serta mendapatkan gambaran tentang tahap kesediaan mereka dalam melangkah ke alam persekolahan.
Proses temuduga merangkumi ujian bertulis dan ujian lisan bagi meninjau tahap penguasaan asas, kemahiran komunikasi serta keupayaan murid mengikut kesesuaian umur dan tahap perkembangan masing-masing. Pelaksanaan penilaian ini juga membantu pihak sekolah memahami keperluan pembelajaran murid agar bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dapat dirancang dengan lebih berkesan.
Sepanjang sesi berlangsung, kerjasama yang baik daripada ibu bapa, bakal murid dan pihak yang terlibat telah membantu melancarkan urusan temuduga. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
Semoga usaha ini menjadi titik permulaan yang baik dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, mesra dan bermakna. Diharapkan agar setiap murid yang bakal melangkah ke Tahun 1 pada sesi 2027 dapat memulakan perjalanan pendidikan mereka dengan penuh keyakinan, keceriaan dan semangat untuk menimba ilmu.
Recent Comments