TUNAIKAN ZAKAT ANDA MELALUI AL-ITQAN

Setiap zakat anda tunaikan melalui AL-ITQAN bukan sekadar ibadah, tetapi juga menjadi pelita ilmu yang menerangi jalan anak-anak Islam ke arah menjadi generasi Al-Quran.

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah: 103)

MENGAPA BAYAR ZAKAT MELALUI AL-ITQAN?

Sekolah Rendah Al-Itqan merupakan Wakil Kutipan Zakat (Sekolah Islam) yang dilantik secara rasmi oleh Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) bagi tempoh 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2027.

Zakat anda dibayar terus kepada ZAKAT MAINPP kerana akaun bank Affin Bank (As-Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd) adalah akaun bank yang dibuka oleh Zakat MAINPP untuk AL-ITQAN.

✅ Pembayaran mudah, selamat dan boleh dilakukan secara atas talian.

Resit pembayaran zakat anda adalah zakat rasmi Zakat MAINPP dalam bentuk asli yang boleh dipos ke rumah (atas permintaan) atau disediakan dalam bentuk PDF.

✅ Zakat anda layak untuk 100% rebat cukai pendapatan LHDN.

✅ Sekolah Rendah Al-Itqan telah menerima Anugerah Pengurusan Zakat MAINPP Terbaik & Inovasi 2023.

Sebagai Wakil Kutipan Zakat, Sekolah Rendah Al-Itqan akan menerima pulangan sebahagian bayaran zakat daripada ZAKAT MAINPP untuk menampung sebahagian kos operasi sekolah seperti keperluan pembelajaran pelajar, gaji staf dan yuran pelajar yang memerlukan.

📲 Hantar slip bayaran dan maklumat pembayar melalui pautan

https://www.wasap.my/+60134784845/zakat

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi:

Puan Natrah, Pegawai Pengurusan Zakat AL-ITQAN (+6013-4784845) atau layari laman sesawang https://www.alitqan.edu.my/zakat-alitqan/.