Peserta cilik Tadika Pintar Al-Itqan cemerlang dalam Pertandingan Ihtifal Ilmi Tadika Islam (TADIS) Pulau Pinang 2026 (gambar 1)

Murid-murid Tadika Pintar Al-Itqan telah melakar kejayaan membanggakan dalam Pertandingan Ihtifal Ilmi Tadika Islam (TADIS) Pulau Pinang 2026 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).

Pertandingan yang berlangsung pada hari Rabu, 28 November 2026 bertempat di MPC Kepala Batas itu menyaksikan penyertaan bakat-bakat cilik institusi ini dalam empat acara utama iaitu Nasyid, Khutbah, Bercerita, dan Hafazan.

Dalam pertandingan tersebut, kontinjen cilik Tadika Pintar Al-Itqan berjaya merangkul gelaran Johan bagi acara Hafazan dan Bercerita, Naib johan bagi acara Nasyid dan hadiah saguhati bagi acara Khutbah.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid Tadika Pintar Al-Itqan atas keberanian dan pencapaian hebat yang diraih.

Penghargaan turut ditujukan buat barisan pendidik serta para ibu bapa atas bimbingan, didikan, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Semoga pengalaman dan kejayaan ini menjadi langkah permulaan yang baik untuk terus melahirkan generasi cilik yang berkeyakinan tinggi, berakhlak mulia, dan cemerlang pada masa hadapan.

Ihtifal Ilmi Tadika
Tadis 2026 Kejayaan