Pusat Pendidikan Al-Itqan merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muallim Muhammad Ikbal Ismail, Pengarah Eksekutif AL-ITQAN, atas kejayaan merangkul gelaran Johan dalam Kategori Lelaki Terbuka Pasukan Badan Beruniform (5.5 KM).

Kejayaan bermakna tersebut telah dilakar dalam kejohanan PBB Running Challenge (PRC) yang berlangsung dengan meriah bertempat di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 4 Julai 2026.

Seluruh warga Pusat Pendidikan Al-Itqan menzahirkan rasa bangga atas semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh beliau sepanjang larian tersebut. Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh warga pendidik serta para pelajar untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat, mengekalkan disiplin yang tinggi, serta sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

Menepati slogan kejohanan PRC iaitu “Semangat • Disiplin • Perpaduan”, kecergasan fizikal yang ditunjukkan ini juga selaras dengan hasrat pembentukan jati diri muslim yang syumul.

“Sihat tubuh badan, cerdas akal fikiran, teguh membina ummah.”

Tahniah diucapkan kepada Muallim Muhammad Ikbal Ismail dan semoga beliau terus konsisten melakar lebih banyak kejayaan yang membanggakan pada masa hadapan!