fbpx

🌙 Marhaban Ya Ramadan Al-Mubarak 🌙

Segala puji bagi Allah yg masih memanjangkan usia kita
untuk bertemu kembali dgn bulan penuh rahmat dan keampunan.
Ramadan hadir sebagai madrasah tarbiah jiwa,
mendidik hati menjadi lebih tunduk, melatih nafsu agar patuh,
dan menghidupkan ruh dengan zikrullah serta al-Quran.

Semoga Ramadan kali ini membentuk kita
menjadi hamba yg lebih sabar dalam ujian,
lebih ikhlas dalam beramal,
lebih lembut dalam akhlak,
dan lebih dekat dgn Allah dalam setiap langkah kehidupan.

Marilah kita menyambut bulan mulia ini
dengan taubat yg sebenar-benarnya,
memperbanyakkan amal soleh,
menghidupkan malam dengan qiyam dan doa,
serta menanam tekad untuk berubah menjadi insan rabbani.

Semoga setiap detik Ramadan menjadi saksi kebaikan,
setiap amal diterima sebagai pahala berlipat ganda,
dan setiap doa diangkat ke langit penuh rahmat.

Marhaban Ya Ramadan

Ikhlas daripada
Pusat Pendidikan Al-Itqan