Pusat Pendidikan Al-Itqan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada lima orang pendidik institusi ini yang telah berjaya menamatkan Pengajian Syahadah Perguruan Asas Ikram Musleh (SPAIM) bagi Sesi 2024/2025 dengan jayanya. Kesemua graduan ini diraikan dalam Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas Ikram Musleh (SPAIM) Zon Utara Sesi 2024/2025 pada Sabtu, 19 September 2026.
Kejayaan tersebut dilakar lebih manis apabila Muallimah Norliza binti Nawawi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Al-Ghazali, selain turut merangkul Anugerah Akademik Terbaik dan Anugerah Praktikum Terbaik.
Dalam pada itu, Muallim Ku Sharuddin bin Ku Hassan turut mengharumkan nama institusi apabila menerima Anugerah Kajian Tindakan Terbaik.
Kecemerlangan graduasi ini turut diraikan bersama Muallim Mohd Zawani bin Che Ghani, Muallim Mohamad Ariff bin Dzolkiple, dan Muallim Mohamad Osman bin Mat Yussof yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan penuh iltizam.
Pihak pengurusan institusi menegaskan bahawa pencapaian membanggakan ini merupakan bukti nyata kepada kesungguhan, disiplin, dan komitmen tinggi yang dicurahkan oleh para guru sepanjang tempoh kursus dijalankan. Segala ilmu pedagogi, kemahiran, dan pengalaman baharu yang diraih ini diharapkan dapat menjadi bekalan terbaik dalam usaha memperkasakan kualiti pengajaran, sekali gus memacu pembentukan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, dan berjiwa Rabbani.
Selamat bergraduasi diucapkan kepada seluruh barisan penerima sijil. Semoga para pendidik ini terus beristiqamah, bersemangat waja dalam dunia pendidikan Islam, serta sentiasa berbakti dengan penuh dedikasi demi kemaslahatan ummah.
Recent Comments