Alhamdulillah, 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗜𝘁𝗾𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 telah menerima kunjungan daripada 𝗦𝗠𝗣𝗜𝗧 𝗜𝗵𝘀𝗮𝗻𝘂𝗹 𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗱, 𝗠𝗮𝗴𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝗝𝗮𝘄𝗮 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 pada 𝟮𝟭–𝟮𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁–𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂) dalam sebuah program kunjungan dan 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮–𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮.
Kunjungan ini bertujuan memperluas wawasan global para pelajar, memberi pendedahan terhadap sistem pendidikan di luar negara serta membuka ruang kepada kedua-dua sekolah untuk saling berkongsi pengalaman dalam bidang akademik, tarbiah dan kokurikulum.
Program disertai oleh 𝟭𝟳 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶, 𝟭𝟴 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝟰 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗴𝘂𝗿𝘂 daripada SMPIT Ihsanul Fikri.
Program bermula pada malam Jumaat dengan 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗦𝗽𝗲𝗮𝗸𝗶𝗻𝗴, diikuti 𝗤𝗶𝘆𝗮𝗺𝘂𝗹𝗹𝗮𝗶𝗹, 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗹-𝗠𝗮’𝘁𝗵𝘂𝗿𝗮𝘁. Para peserta kemudiannya bersama-sama menyertai 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗡𝘂𝘀𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 sebelum meneruskan aktiviti penghasilan kandungan media sosial yang mengetengahkan 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮.
Dalam ucapan pembukaan, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗜𝘁𝗾𝗮𝗻, 𝗠𝘂𝗮𝗹𝗹𝗶𝗺 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗜𝗸𝗯𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, mengingatkan para peserta agar sentiasa 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 supaya mendapat keredaan Allah SWT. Beliau turut menggalakkan para pelajar mengambil peluang ini untuk 𝘀𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶, 𝘀𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝘂𝗸𝗵𝘂𝘄𝗮𝗵.
Program ditutup pada pagi Sabtu dengan 𝗺𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵, diikuti pertukaran hadiah antara para pelajar sebagai tanda persahabatan dan kenangan bersama.
Semoga kunjungan ini menjadi langkah awal kepada hubungan yang lebih erat serta kerjasama yang berterusan antara 𝗦𝗠𝗣𝗜𝗧 𝗜𝗵𝘀𝗮𝗻𝘂𝗹 𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗜𝘁𝗾𝗮𝗻, khususnya dalam bidang pendidikan, tarbiah, akademik dan pertukaran budaya.
Recent Comments