Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ibu bapa/waris yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Al-Itqan 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: Ahad, 19 Julai 2026
🕗 Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Stadium USM, Pulau Pinang

Sehubungan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan sokongan dan kehadiran ibu bapa/waris bagi memberi semangat kepada anak-anak sepanjang kejohanan berlangsung.

Kehadiran tuan/puan bukan sahaja menjadi pendorong kepada mereka untuk memberikan yang terbaik, malah mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid.

Semoga program ini dapat memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama serta ukhuwah dalam kalangan warga Al-Itqan.

“Di Padang Kita Bersaing, Di Hati Kita Bersaudara.”

Kerjasama dan sokongan daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Unit Kokurikulum
Sekolah Menengah Al-Itqan
2026