Initiatif Sedekah Jumaat AL-ITQAN kini beralih sasaran buat sementara waktu dari pembelian smartboard ke pemasangan kemudahan internet berkelajuan tinggi. (gamb

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang selama ini. Alhamdulillah, projek kutipan sumbangan mingguan bermula pada setiap hari Jumaat ini telah membuahkan hasil yang diidamkan secara perlahan tetapi berdikit-dikit.

Selepas hampir setahun dimulakan initiatif Sedekah Jumaat (Smartboard) ini, jumlah dana sebanyak RM36681 teleh berjaya dikumpulkan dan sebanyak 4 unit Smartboard telah dibeli bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Al-Itqan dan Sekolah Rendah Al-Itqan.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

📢 INISIATIF SETERUSNYA BERALIH KEPADA PEMASANGAN KEMUDAHAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI! 📶

Bermula pada Jumaat, 6 November 2026, kutipan Sedekah Jumaat AL-ITQAN bertukar fokus buat sementara ini dari pembelian Smartboard kepada pemasangan kemudahan internet berkelajuan tinggi di Pusat Pendidikan Al-Itqan bagi menyokong pembelajaran digital serta penggunaan teknologi pendidikan dengan lebih optimum.

Teruskan sokongan anda bagi menjayakan agenda STEM AL-ITQAN!

Poster SJ Internet Laju