Dua warga kerja Bahagian Pentadbiran Al-Itqan sertai Bengkel Pemantapan Pengurusan Wakil Kutipan Zakat MAINPP (gambar 1)

Dua warga kerja Bahagian Pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Itqan telah menyertai 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐊𝐮𝐭𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐏𝐏 yang telah berlangsung pada 𝟐𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (Khamis) bertempat di 𝐏𝐈𝐂𝐂𝐀 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞.

Dua warga kerja berkenaan ialah:
1. 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐭𝐫𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐍𝐚𝐳𝐚𝐫𝐢 – Pegawai Dana dan Pemasaran.
2. 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐧𝐧𝐚𝐭𝐮𝐧 𝐔𝐥𝐟𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐉𝐚𝐤𝐚𝐫𝐢𝐚 – Pembantu Tadbir Kewangan.

Penyertaan dalam bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan wakil kutipan zakat, termasuk aspek tatacara pengurusan, pentadbiran serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Melalui penyertaan ini, pihak Pusat Pendidikan Al-Itqan berharap agar ilmu, maklumat dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh pengurusan kutipan zakat serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugas berkaitan di institusi.