Initiatif Sedekah Jumaat AL-ITQAN (Smart board) mencecah jumlah sumbangan RM34590! (gambar 1)

KEMAJUAN INISIATIF SEDEKAH JUMAAT AL-ITQAN 🌿

🖥️ SASARAN: PEMBELIAN SMART BOARD

Alhamdulillah, inisiatif Sedekah Jumaat Al-Itqan terus menunjukkan kemajuan hasil daripada sokongan dan sumbangan para dermawan.

🤲 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas sumbangan yang telah diberikan. Setiap sumbangan, walau sedikit, amat bermakna dalam membantu merealisasikan kemudahan pembelajaran yang lebih baik untuk anak-anak Al-Itqan.

✨ Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan kebaikan yang berlipat ganda, melimpahkan rezeki, keberkatan dan memudahkan segala urusan para penyumbang.

💚 Teruskan menyokong Sedekah Jumaat Al-Itqan.

1