Seramai enam orang pelajar telah dipilih bagi mewakili Sekolah Menengah Al-Itqan dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang telah berlangsung pada Isnin, 4 Mei 2026 yang lalu.

Barisan pendebat muda sekolah telah menampilkan mutu perdebatan yang tinggi dengan membawa tiga usul persediaan utama pada tahun ini, iaitu:

  1. Tindakan Tegas Hukuman Rotan Lebih Berkesan Daripada Kaunseling Dalam Menangani Kes Buli.
  2. Automasi Digitalisasi Mengancam Peluang Pekerjaan.
  3. Sistem Pendidikan Malaysia Bersedia Melaksanakan Kemasukan Tahun Seawal 6 Tahun.

Senarai penuh barisan peserta dan jurulatih Sekolah Menengah Al-Itqan ialah::

Senarai Peserta Bahas:

  • ‘Alyaa Nuur Iman Binti Idris

  • Muhammad Hakim Bin Yazid

  • Nurina Syakina Binti Mohd Rohelmi

  • Umairah Huda Binti Mohd Sidir

  • ‘Aisyah Siddiqah Binti Aidiahmad

  • Nur Nisrina Binti Abdul Hamid (Simpanan)

Barisan Jurulatih:

  • Muallimah Nurhayati Binti Othman

  • Muallimah Siti Norafiza Binti Faisal Tiong

Pihak pengurusan sekolah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta atas semangat, keberanian, serta kesungguhan tinggi yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung. Setiap hujah yang dizahirkan serta kerjasama erat yang dipamerkan jelas mencerminkan komitmen, usaha, dan persediaan rapi daripada pasukan bahas sekolah.

Pihak sekolah turut berharap agar segala pengalaman yang ditimba sepanjang menyertai pertandingan peringkat negeri ini dapat menjadi kenangan manis serta proses pembelajaran yang sangat berharga buat semua peserta.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan jurulatih atas segala usaha, bimbingan berterusan, serta sokongan moral yang diberikan kepada pasukan bahas sekolah sepanjang pertandingan ini.