fbpx

Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas!

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada NUR NISRINA BINTI ABDUL HAMID atas kejayaan cemerlang melayakkan diri ke Peringkat Kebangsaan bagi acara Khat dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) 2026 pada Ahad, 14 Jun 2026, sekali gus membawa amanah besar untuk mewakili Negeri Pulau Pinang di pentas kebangsaan.

Kejayaan yang membanggakan ini adalah hasil daripada kesungguhan, ketekunan serta bakat yang dikurniakan Allah SWT, di samping bimbingan dan tunjuk ajar yang penuh dedikasi daripada guru pembimbing Muallimah Siti Norafiza Faisal Tiong.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama sekolah dan Negeri Pulau Pinang di persada kebangsaan.

Kami memohon doa daripada seluruh warga sekolah, ibu bapa, sahabat handai dan semua yang mengenali agar Nur Nisrina Binti Abdul Hamid diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.

“Sesungguhnya kejayaan itu milik mereka yang berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

Tahniah buat Nur Nisrina Binti Abdul Hamid atas pencapaian yang membanggakan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muallimah Siti Norafiza Binti Faisal Tiong atas bimbingan, tunjuk ajar dan komitmen yang dicurahkan.

Semoga Nur Nisrina terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah serta Negeri Pulau Pinang di pentas MIISMAM 2026.

Tahniah dan selamat berjuang buat wakil Pulau Pinang!