fbpx

3 Oktober 2020 ( Sabtu )

Bahagian Sumber Manusia Pusat Pendidikan Al-Itqan telah mengadakan guru pemantapan pembelajaran dan pengajaran dengan lebih interaktif dan efektif yang telah disampaikan oleh Cikgu Suziyana Binti Hashim ( Guru Cemerlang SMK King Edward VII, Taiping ).Seramai 45 para guru telah melibatkan diri dalam program ini yang berlangsung selama 5 jam daripada jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang,

Tujuan program diadakan adalah untuk menambah nilai kepada pembeljaran dan pengajaran kepada guru agar dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam kelas bersama para pelajar. Sesuai dengan aspirasi Pusat Pendidikan Al-Itqan supaya guru-guru dapat menggunakan teknologi yang ada untuk menambah nilai kepada para pelajar

Tiga aplikasi baharu yang diperkenalkan oleh Cikgu Suzi adalah 1. Comica 2. Canva 3. Quik.

Semoga setiap guru-guru dapat memberi manfaat ilmu yang telah dapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas kelak.