Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amal pahala terutamanya 10 hari pertama di bulan Zulhijjah. Tarikh melihat anak bulan seperti yang telah diisytiharkan oleh Pejabat Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja adalah pada tarikh 1 Zulhijjah iaitu dijangkakan pada hari Ahad 11 Julai 2021 sehinggalah 9 Zulhijjah iaitu 19 Julai manakala jangkaan tarikh bagi merayakan Hari Raya Aidiladha di Malaysia adalah 20 Zulhijjah.
KELEBIHAN 10 HARI TERAWAL BULAN ZULHIJJAH
Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang luar biasa bagi 10 hari terawal bulan Zulhijjah dimana pelbagai amalan soleh boleh dilakukan bersama-sama secara berjemaah atau bersendirian. Antaranya adalah
Puasa
Puasa sunat yang sangat digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah termasuklah puasa Sunat Arah pada 9 Zulhijjah
“Tiada hari yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal Zulhijjah”
Sahih Bukhari : 969
Selain itu, amalan-amalan lain yang digalakkan adalah
- Berpuasa di siang hari
- Beribadah di malam hari (Qiamullail)
- Perbanyakkan solat sunat
- Berbuat baik pada Ibu bapa
- Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
- Bertutur tentang perkara-perkara yang baik
- Membantu orang susah
- Memperbanyakkan zikir
Berikut merupakan contoh jadual ibadah di bulan Zulhijjah
Puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah)
Hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan didalam bulan Zulhijjah dan menurut kepada hadis-hadis yang sohih tiada amalan khusus yang dilakukan pada hari tersebut. Ini bermakna Tarwiyah seperti mana yang disebut oleh Imam Ibnu Qudamah mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah
- Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam adan pada keesokan harinya mereka akan menuju ke Arah. Ketika di Mina, para jemaah akan mempersiapkan air bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini dengan istilahkannya dengan Yatarowwaun
- Selain itu, Tarwiyah ini dinamakan adalah disebabkan malam tersebut. Nabi Ibrahim telah bermimpi pada kali pertamanya yang diwahyukan oleh Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian baginda berfikir dan tertanya kepada dirinya samada perintah tersebut datangnya daripada Allah SWT ataupun Syaitan. Tertanya-tanya diistilahkan sebagai Yurowwi dan itu adalah disebabkan 8 Zulhijjah dinamakan dengan hari Tarwiyaah
Kelebihan Hari Arafah
” Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melankan pada hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah SWT menghampiri hambanya dan berbangga dengan mereka di kalangan para melaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
Pada hari Arafah digalakkan untuk berdoa kerana Rasulullah SAW bersabda, ” Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” ( Hadis diriwayatkan oleh Malik)
Bagi mereka yang sedang melaksanakan ibadah Haji adalah tidak digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah dan ulama melarang melakukan perkara tersebut.
Diriwayatkan daripada Ummu al-Fadhl binti Al-Harith.” Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu baginda di Arafah lalu Rasulullah meminumnya.” ( Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraira ra. ” Sesungguhnya Rasulullah SAW melarabng berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa’ie; at-Thabrani dan Aisyah r.ha.)
Ada error. Yang bermimpi Nabi Ibrahim kot.
terima kasih. sudah diedit.
Mohon share ye..
Terima kasih kongsi ilmu.