
MATLAMAT AL-ITQAN
Kemenjadian Murid
- Pencapaian murid melalui penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
- Penguasaan bahasa dengan lebih baik
- Pemahaman yang unggul terhadap Al-Quran secara menyeluruh
- Pemerkasaan kemahiran diri pelajar.
- Membangunkan sikap yang berdaya saing, ingin tahu, kreatif dan kritikal.
- Pengupayaan peranan PIBG/Ibubapa/Penjaga
Guru Profesional
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- Pemerkasaan program pembangunan kemahiran dan pengurusan guru dalam pelbagai kepakaran
- Guru ikon kepada masyarakat
- Pemerkasaan kemahiran diri pelajar.
- Pembangunan program tarbiah guru dan staf
Pengurusan Cekap dan Effisien
- Pemerkesaan dan penguasaan sistem pengurusan data dan audit
- Pengukuhan dan kestabilan kewangan
- Pengupayaan program pembangunan staf
- Imej dan promosi profesional institusi
- Perhidmatan pelanggan yang effisien
Insfrastruktur yang kondusif
- Persekitaran yang selamat dan bersih
- Kelas mesra pendidikan dalam teknologi
- Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
sejarah al-itqan
Institusi pertama Al-Itqan ditubuhkan pada tahun 1998 dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Islam (SRI) AL-Islah dengan seramai 70 pelajar dan 6 orang guru di sebuah rumah banglo beralamat Lot 347-348 Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Selepas 10 tahun, Al-Itqan telah menubuhkan Sekolah Menengah Al-Itqan di tapak kekal milik Pusat Pendidikan Al-Itqan. Pada tahun yang sama, Sekolah Rendah Al-Islah telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pendidikan swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta namanya telah ditukar kepada Sekolah Rendah Al-Itqan
Bagi meneruskan pendidikan yang holisitk, Al-Itqan telah menubuhkan dua buah insitusia iaitu insitusi pra-sekolah ( 4 – 6 tahun ) dan institusi yang berasaskan kepada sistem pendidikan pondok dan tahfiz. Pendaftaran Tadika Permata Al-Itqan dibawah kelolaan Tadika Islam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan ditukar nama ke Tadika Islam Amal Intelek.
Untuk melancarkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap. Al-Itqan telah menubuhkan Pusat Pentadbiran Al-Itqan yang memusatkan bahagian kewangan, bahagian sumber manusia, bahagian media dan teknikal serta bahagian pengoperasian. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membiayai Pusat Pendidikan Al-Itqan untuk membina 4 blok bangunan pendidikan yang akan dimanfaatkan oleh 1000 orang pelajar.
Al-Itqan telah menubuhkan institusi pendidikan awal kanak-kanak seawal usia 1 tahun iaitu Taska Amal Intelek. Ianya akan menyediakan transisi awal pendidikan yang disediakan oleh Al-Itqan sebelum keperingkat seterusnya. Disamping itu, tapak milik Pusat Pendidikan Al-Itqan telah dikosongkan untuk proses pembinaan bangunan baharu Al-Itqan dan Sekolah Menengah Al-Itqan telah berpindah ke bangunan sementara di Sungai Ara yang jaraknya 15km daripada tempat asal.
Pada ketika ini Pusat Pendidikan Al-Itqan mempunyai 4 buah insititusi dibawah pengurusan dan kelolaannya serta mempunyai bilangan pelajar seramai 400 orang dan 69 guru dan staf. Proses pembinaan bangunan Al-Itqan dijangka akan bermula pada tahun 2021 dan siap pada tahun 2023
Adakah anda berminat menyertai sistem pendidikan yang holistik?
Sertai Al-Itqan hari ini !

Alamat Pentadbiran
Lot 10025, Tingkat Kg.Masjid, Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Nombor Telefon
04-6491158
Alamat Email
pentadbiran@alitqan.edu.my


Integrasi pendidikan al-itqan
Taska Amal Intelek
1 tahun hingga 3 tahun
Tadika Islam Amal Intelek
4 tahun hingga 6 tahun
Sekolah Rendah Al-Itqan
7 tahun hingga 12 tahun
Sekolah Menengah Al-Itqan
13 tahun hingga 17 tahun
Sekolah Rendah Al-Itqan akan meneruskan transisi pengajaran pendidikan pelajar daripada umur 7 tahun hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, pelajar akan ditekankan dengan penguasaan lanjutan bahasa. Selain itu, pendidikan yang berpusatkan pelajar akan diaplikasi dan dibudayakan.
Transisi daripada taska ke tadis Amal Intelek daripada umur 4 tahun ke 6 tahun. pada peringkat ini pelajar akan ditekankan tentang penguasaan bahasa, mengira serta menulis. Selain itu, pelajar akan diberi peluang untuk terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum
Sekolah Rendah Al-Itqan akan meneruskan transisi pengajaran pendidikan pelajar daripada umur 7 tahun hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, pelajar akan ditekankan dengan penguasaan lanjutan bahasa. Selain itu, pendidikan yang berpusatkan pelajar akan diaplikasi dan dibudayakan.
Peringkat akhir pendidikan Al-Itqan akan bermula di Sekolah Menengah Al-Itqan. Disitu para pelajar akan dididik menjadi generasi rabbani unggul sebelum melangkah kealam realiti yang lebih mencabar. Penerusan pembudayaan dan pengaplikasi pembelajaran yang berpusat pelajar akan terus digiatkan.