fbpx

Isnin, 10 Mei 2021 – Unit Dana dan Perhubungan Awam Pusat Pendidikan Al-Itqan telah menjalankan pengedaran pek keperluan asas Aidilfitri yang akan disumbangkan kepada keluarga pelajar yang tidak berkemampuan, jiran Al-Itqan yang memerlukan, dan bekas pekerja Al-Itqan. Pemberian ini adalah daripada sumbangan orang awam sepanjang bulan Ramadan. Seramai 38 orang telah menerima pek keperluan asas Aidilfitri.

13 penerima adalah daripada kalangan warga Sekolah Menengah Al-Itqan.

Sebahagian daripada warga SMI yang menerima pek keperluan asas Aidilfitri yang telah disampaikan oleh Pengetua SMI Al-Itqan

15 penerima adalah daripada kalangan jiran Al-Itqan, bekas pekerja Al-Itqan serta pelajar SRI Al-Itqan. Mereka juga telah menerima sumbangan pek iftar yang telah disumbangkan oleh pasukan Infaq Ramadan dari Legasi Selera Wawasan serta tambahan pek beras 5kg yang telah disumbangkan oleh jiran Teacher Fatimah

Manakala 10 pek keperluan Aidilfitri beserta dengan pek iftar yang telah disumbangkan oleh waris pelajar SRI Al-Itqan telah diberikan di kawasan Batu Maung dan Kawasan Permatang Damar Laut. Pemberian ini telah diberikan dengan kerjasama Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Ikram Malaysia Kawasan Barat Daya bersama-sama dengan alumni Pusat Pendidikan Al-Itqan. Disamping itu, 10 pek keperluan asas juga telah disumbangkan oleh Surau Sanmina untuk diedarkan kepada masyarakat yang tidak bernasib baik.

Yang Dipertuan Kawasan Ikram Barat Daya, Tuan Zambri bersama dengan aluni Al-Itqan (Baju Merah) memberi pek aidilfitri kepada penerima di kawasan Batu Maung
Ketua Wanita Ikram Barat Daya, Puan Hasimah Binti SIrim bergambar bersama penerima pek Aidilfitri
Seorang Ibu yang menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 35 tahun antara penerima pek Aidilfitri
Ketua Wanita Ikram Barat Daya, Puan Hasimah Binti Sirim dan YDP Kawaasan Ikram Barat Daya membawa pek Aidilfitri untuk diberikan kepada penerima

Program akhir selesai pada jam 7 petang, semoga sedikit usaha ini dapat dijadikan satu asbab untuk kita menuju ke syurga. Amin