Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang selama ini. Alhamdulillah, projek kutipan sumbangan mingguan bermula pada setiap hari Jumaat ini telah membuahkan hasil yang diidamkan secara perlahan tetapi berdikit-dikit.
Selepas hampir setahun dimulakan initiatif Sedekah Jumaat (Smartboard) ini, jumlah dana sebanyak RM36681 teleh berjaya dikumpulkan dan sebanyak 4 unit Smartboard telah dibeli bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Al-Itqan dan Sekolah Rendah Al-Itqan.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
📢 INISIATIF SETERUSNYA BERALIH KEPADA PEMASANGAN KEMUDAHAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI! 📶
Bermula pada Jumaat, 6 November 2026, kutipan Sedekah Jumaat AL-ITQAN bertukar fokus buat sementara ini dari pembelian Smartboard kepada pemasangan kemudahan internet berkelajuan tinggi di Pusat Pendidikan Al-Itqan bagi menyokong pembelajaran digital serta penggunaan teknologi pendidikan dengan lebih optimum.
Teruskan sokongan anda bagi menjayakan agenda STEM AL-ITQAN!
Recent Comments