Unit Tarbiah Pusat Pendidikan Al-Itqan telah meneruskan pengisian Daurah berkaitan akidah dan ruqyah syar’iyyah melalui 𝗗𝗮𝘂𝗿𝗮𝗵 𝟯.𝟬 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲, yang telah berlangsung pada 18 September 2026 (Jumaat), bertempat di Dewan Seminar 2, Abu Bakar As-Siddiq, dari jam 2.45 petang hingga 4.00 petang.

Daurah yg disampaikan oleh Muallim Muhammad Ikbal, Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan Al-Itqan, ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas tauhid sebagai landasan utama dalam memahami dan mengamalkan ruqyah syar’iyyah.

Antara pengisian utama yang disampaikan termasuklah:

  • Asas tauhid dalam amalan ruqyah.
  • Kaedah menyediakan air ruqyah.
  • Golongan atau keadaan yang boleh diruqyah.
  • Kaedah meruqyah diri sendiri.
  • Panduan meruqyah orang lain.

Alhamdulillah, para peserta memberikan komitmen dan antusiasme yg sangat baik sepanjang sesi berlangsung. Mereka turut menunjukkan minat yg tinggi terhadap pengisian yg disampaikan, khususnya dalam memahami kaedah ruqyah yg bertepatan dengan al-Quran dan sunnah.

Semoga daurah ini menjadi asbab bertambahnya kefahaman, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah SWT, di samping membentuk warga AL-ITQAN yg berilmu, berakidah mantap serta mampu membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat dengan panduan yg sahih.