Seramai 12 orang pelajar Sekolah Menengah Al-Itqan telah menyertai dan beraksi cemerlang dalam Perkhemahan Nasional di Udara (PENARA) KRS Musleh dan Tunas KRS Musleh dengan Jemputan Terbuka 2026 Zon Utara yang berlangsung pada 23 hingga 26 September 2026 bertempat di Kem Sintok, UUM Kedah.
Dalam perkhemahan bertemakan “Semangat Ukhuwah Teras Kekuatan Generasi Madani” itu, kontinjen sekolah telah mempamerkan kehebatan dengan merangkul pelbagai kejayaan membanggakan.
Berikut adalah senarai pencapaian penuh para pelajar mengikut kategori:
Kategori Syabab
- Johan (Orienteering Individu): Sarjan Yusuf Mashyur bin Farizal
- Johan (ObRace): Sarjan Muhammad Rais Edrian bin Azmi
- Naib Johan: Field Archery (Berkumpulan)
- Tempat Ketiga: Kem Kraf (Berkumpulan)
- Tempat Ke-4: Orienteering Berkumpulan
- Tempat Ke-5 (ObRace): Koperal Syamiel Zikri bin Sabri
- Tempat Ke-8 (Orienteering Individu): Koperal Hanzalah bin Mohd Faruk
Kategori Fatayat
- Johan (ObRace): Sarjan Nur Zahratul Syita binti Mohamad Gafur
- Naib Johan: Based Formasi (Berkumpulan)
- Tempat Ketiga: Field Archery (Berkumpulan)
- Tempat Ke-4: Kem Kraf (Berkumpulan) & Orienteering Kumpulan A
- Tempat Ke-5: Orienteering Kumpulan B
- Tempat Ke-6 (Orienteering Individu): Staf Sarjan ‘Aisyah Siddiqah binti Aidiahmad
- Tempat Ke-8 (Orienteering Individu): Staf Sarjan Nur Hanna Norvianie binti Norshahril
- Tempat Ke-10 (Orienteering Individu): Sarjan Rania Nur Wahida binti Raibudin
Pihak pengurusan sekolah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta berserta barisan guru pembimbing atas komitmen serta kerjasama padu yang ditunjukkan sepanjang program.
Segala pengalaman, keberanian mencuba, dan disiplin yang dibina ini diharap dapat menjadi bekalan berharga dalam melahirkan generasi pewaris yang berjiwa kental dan mampu memimpin pada masa hadapan.
Recent Comments