21 Mei 2026 – Seluruh warga Sekolah Rendah Al-Itqan telah meraikan Sambutan Hari Murabbi (Guru) 2026 dengan penuh penghayatan menerusi tema “Seandainya Saya Bukan Seorang Guru…”, sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan para pendidik.
”Seandainya saya bukan seorang guru… mungkin saya tidak akan pernah tahu nikmatnya melihat seorang anak yang dahulunya merangkak mengeja huruf, kini lancar membaca Al-Quran. Mungkin saya tidak akan rasa bahagia yang melangit apabila disalam hormat dan didoakan oleh anak-anak syurga ini.” 🌸
Tema ini mengajak semua para murabbi, ibu bapa, dan anak-anak didik untuk merenung sejenak betapa besarnya takdir dan aturan Allah SWT yang telah memilih insan-insan hebat ini untuk memikul amanah sebagai pendidik.
Menjadi murabbi di Sekolah Rendah Al-Itqan bukan sekadar satu kerjaya untuk mencari rezeki. Ia adalah satu jalan dakwah, penyerahan jiwa, dan pelaburan akhirat.
Terima kasih wahai Murabbi Al-Itqan. Kerana pilihan dan kesetiaanmu di jalan ini, masa depan ummah ini terus bersinar.
Selamat Hari Murabbi! Kami menyayangi dan menghargai setiap titisan keringatmu. ❤️
“Murabbi Bitara, Nadi Pembina Ummah Rabbani.”
Recent Comments