Pihak pengurusan Sekolah Rendah Al-Itqan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua orang wakil murid Tahun 5, iaitu Ahmad Hakeem bin Azrul Hanuramin dan Muhammad Farish Haikal Bin Abdul Malik, serta dua orang guru pengiring, Muallimah Sabariah dan Muallimah Husna, yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ISN STEAM Challenge (National Level) – Water Boat Challenge pada 13 Jun 2026 yang lalu.

Penyertaan bersejarah di peringkat kebangsaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga sekolah. Ia menjadi bukti nyata akan keberanian, kreativiti, serta semangat juang yang tinggi yang tertanam dalam diri anak-anak Generasi Rabbani ini dalam menyahut cabaran dunia sains dan teknologi.

Walaupun rezeki belum menyebelahi pasukan sekolah untuk meraih kedudukan terbaik kali ini, namun setiap titisan peluh dan usaha yang telah dicurahkan adalah satu kejayaan tersendiri yang sangat bermakna.

“Kejayaan sebenar bukan hanya terletak pada kemenangan, tetapi pada keberanian untuk mencabar diri sendiri dan sifat tidak mudah berputus asa.”

Segala ilmu, kemahiran teknikal, dan pengalaman berharga yang diperoleh sepanjang bersaing di peringkat nasional ini merupakan aset yang paling bernilai buat mereka untuk terus melangkah lebih jauh dan menggapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Terus melangkah, terus mencuba, dan terus berusaha, pasukan STEAM SR Al-Itqan! Kami semua sentiasa bangga dengan pencapaian anda.