fbpx

Alhamdulillah, pada hari Khamis dan Jumaat (7–8 Mei 2026) bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi telah berjaya dilaksanakan program gotong-royong melibatkan staf pentadbiran dengan bantuan beberapa staf sokongan.

Lokasi gotong-royong adalah di kawasan stor belakang bangunan Sekolah Menengah. Antara kerja yg telah dilaksanakan ialah mengasingkan barang² yg boleh dikitar semula dan dilupuskan, serta menceriakan kawasan stor dengan memotong pokok² kecil di sekitar kawasan tersebut.

Alhamdulillah, hasil jualan besi buruk sepanjang dua hari gotong-royong ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM808.70.

Insya-Allah, kerja seterusnya yg akan dilaksanakan ialah memotong rumput di kawasan stor serta kawasan Padang Belang bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yg telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi amal kebajikan serta memupuk budaya kerja berpasukan, kebersihan dan rasa tanggungjawab terhadap persekitaran sekolah.

Pusat Pendidikan Al-Itqan terus melangkah ke arah sekolah yg membudayakan amalan kitar semula, kebersihan dan pengurusan persekitaran yang lestari demi mewujudkan suasana pendidikan yang lebih kondusif dan mesra alam.

SELAMAT . SEJAHTERA .  BERSIH . LESTARI . RAHMAH