Program Tahsin Ibadah 2026 bersempena dengan Minggu Panitia Syariah bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 (Tahap 1) Sekolah Rendah Al-Itqan telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Oktober 2926 yang lalu.
Pengisian utama program ini memfokuskan kepada kefahaman konsep Tahsin Ibadah, iaitu usaha untuk memperbaiki, memperelok, dan menyempurnakan amal ibadah agar pelaksanaannya bukan sahaja sah di sisi hukum, malah mencapai kualiti kerohanian yang tinggi.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penolong Kanan Tarbiah Sekolah Rendah Al-Itqan, Muallim Al-Ghazali atas kesudian mencurahkan ilmu serta kemahiran praktikal kepada anak-anak murid.
Semoga inisiatif murni ini menjadi titik permulaan berkesan dalam melahirkan murid yang lebih mantap kefahamannya dalam melaksanakan ibadah fardu, terutamanya penekanan dalam kesempurnaan wuduk dan solat.
Untuk berita bergambar terkini tentang Sekolah Rendah Al-Itqan, lawati Facebook Sekolah Rendah Al-Itqan.
Recent Comments