Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 belajar tentang Pengurusan Jenazah secara amali dalam aktiviti Program Panitia Syariah 2026 Sekolah Rendah Al-Itqan (gambar 1)

Murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 (Tahap 2) Sekolah Rendah Al-Itqan telah didedahkan dengan pengalaman berharga menerusi aktiviti Pengurusan Jenazah baru-baru ini. Pendekatan secara demonstrasi dan secara amali ini merupakan sebahagian daripada pengisian utama dalam program anjuran Panitia Syariah bagi tahun 2026.

Pelaksanaan aktiviti yang penuh bermakna ini telah dijayakan hasil kerjasama padu daripada pihak Masjid Maqbul, Teluk Kumbar. Pihak pengurusan sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak masjid atas kesudian membuka ruang serta memberi peluang kepada anak-anak murid Al-Itqan untuk menimba ilmu fardu kifayah ini secara praktikal dan lebih mendalam.

Saksikan video aktiviti ini di Facebook Sekolah Rendah Al-Itqan https://www.facebook.com/reel/1390237969565925.

Untuk berita bergambar terkini tentang Sekolah Rendah Al-Itqan, lawati Facebook Sekolah Rendah Al-Itqan.