Pihak pengurusan Al-Itqan menzahirkan rasa kesyukuran atas kelancaran dan kejayaan penganjuran Program Hari Keluarga AL-ITQAN 2026 yang telah berlangsung pada Sabtu, 20 Jun 2026 yang lalu di perkarangan padang Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang.
Program tahunan yang dinanti-nantikan ini telah berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat utama sebagai medan utama untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan yang jitu, serta mencipta kenangan indah bersama-sama seluruh warga keluarga besar AL-ITQAN dan juga ahli keluarga masing-masingi.
Menepati tema yang diangkat pada tahun ini, “United in Ukhwah, Inspired in Excellence”, program ini sekali gus memperkukuh lagi institusi kekeluargaan dan hubungan kerjasama antara semua pihak yang terlibat demi memacu kecemerlangan masa hadapan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana serta semua ahli keluarga AL-ITQAN yang hadir memberikan sokongan padu dan memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung.
Layari Facebook Pusat Pendidikan Al-Itqan untuk lebih banyak foto-foto kegembiraan program ini.
Recent Comments