❤️💛💚💙 “Lari dengan semangat, menang dengan bergaya!” Itulah slogan keramat yang membakar semangat murid Sekolah Rendah Al-Itqan Pulau Pinang yang telah menyertai acara Merentas Desa 2026 pada Jumaat, 19 Jun 2026 yang lalu.
Bermula seawal jam 7:45 sehingga 11:30 pagi, acara yang sangat dinanti-nantikan ini telah menjadi pembuka tirai yang cukup bertenaga bagi Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-17.
Semua murid telah mengambil bahagian dengan penuh keterujaan bagi memeriahkan kejohanan dan menyumbang mata buat rumah sukan masing-masing, iaitu:
-
💚 Hunain
-
💙 Badar
-
❤️ Mu’tah
-
💛 Khandak
Syabas diucapkan kepada anak-anak murid yang telah mempersiapkan mental, fizikal, serta mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang larian. Kesungguhan kalian untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan menamatkan larian demi rumah sukan masing-masing amat membanggakan!
Terima kasih juga kepada semua guru dan pihak yang memastikan keselamatan murid terjaga sepanjang acara berlangsung.
Mahu melihat aksi larian bertenaga, sorakan padu rumah sukan, dan wajah-wajah kegembiraan anak-anak kita yang berjaya menamatkan larian “dengan bergaya”? Koleksi foto-foto menarik sepanjang acara Merentas Desa 2026 kini boleh dilayari di
Recent Comments