fbpx

Alhamdulillah, initiatif ini yang diusahakan sepanjang tempoh Ramadan, bermula dari 24 Februari sehingga 20 Mac 2026 telah berjaya mengumpul jumlah infaq sebanyak RM24,177 daripada para penyumbang budiman.

Susulan dari semakan semula keperluan kemudahan dewan ini membawa kepada perubahan berikut:

a. Mengurang bilangan kipas gergasi dari 3 buah kepada 1 buah;
b. Mengganti dua buah kipas gergasi dengan empat unit penghawa dingin.

Insya Allah, projek pemasangan kemudahan kipas gergasi dan penghawa dingin dalam Dewan Serbaguna Imam AL-Tarmizi, Pusat Pendidikan Al-Itqan disasarkan selesai pada bulan Julai 2026.

Kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang budiman. Didoakan rezeki kalian Allah swt berkati dan dilimpahkan ruah rezeki yang selayaknya, ameen.

Insya Allah, kami akan berkongsi hasil akhir projek ini sebaik sahaja berjaya dilaksanakan.