🌿 SETULUS PENGHARGAAN BUAT PARA PENYUMBANG SEDEKAH JUMAAT 🌿
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Jazakumullahu khairan kathiran kepada seluruh para penyumbang Sedekah Jumaat yang telah menyumbang dan bersama-sama menjayakan usaha penambahbaikan kemudahan di Pusat Pendidikan Al-Itqan. 🤲🏻❤️
Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan yang diberikan, beberapa kemudahan telah berjaya disediakan untuk manfaat para pelajar dan warga AL-ITQAN:
🌀 Kipas Gergasi
❄️ 4 Unit Penghawa Dingin
📚 3 Unit Smartboard
Kemudahan ini bukan sekadar memberikan keselesaan kepada para pelajar, malah turut membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, interaktif dan berkualiti.
Setiap sumbangan yang diberikan menjadi sebahagian daripada usaha kita bersama dalam membentuk generasi rabbani yang berilmu, berakhlak dan berkualiti. 🌱
Sesungguhnya, setiap ringgit yang diinfakkan dengan penuh keikhlasan adalah amat bermakna. Semoga setiap kemudahan yang digunakan oleh para pelajar menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya buat para penyumbang.
🤲🏻 Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan para penyumbang dengan sebaik-baik ganjaran, melimpahkan keberkatan dalam rezeki serta menerima setiap amal dan sedekah yang diberikan.
Terima kasih kerana terus percaya dan menyokong perjuangan pendidikan di Pusat Pendidikan Al-Itqan.
❤️ SEDEKAH ANDA, MANFAAT BUAT GENERASI. ❤️
Recent Comments