Alhamdulillah! Sekolah Rendah Al-Itqan terus melakar kecemerlangan akademik apabila murid-murid Tahun 6 berjaya mencatatkan Gred Purata Keseluruhan (GPK) 1.3 dalam peperiksaan Sijil Penilaian Pelajar IKRAM-Musleh (SPPIM) yang diumumkan pada 22 Oktober 2026.
Seramai 23 orang murid berjaya meraih keputusan cemerlang 8A. Berikut adalah perincian perolehan gred murid Tahun 6 bagi keputusan SPPIM 2026:
-
8A: 23 orang
-
7A: 8 orang
-
6A: 10 orang
-
5A: 3 orang
-
4A: 2 orang
-
1A: 2 orang
Selain rekod gred yang cemerlang, sekolah turut merekodkan pencapaian yang hebat apabila tiga mata pelajaran dinobatkan sebagai subjek terbaik SPPIM 2026, iaitu Bahasa Arab, Fekah, dan Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (TKRSM).
Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan muallim dan muallimah, serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha membimbing para murid sehingga mencapai kejayaan cemerlang ini.
Menepati aspirasi “Bersama Membina Generasi Cemerlang” dan “Ilmu Membina Masa Depan”, semoga pencapaian bermakna ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid pada masa akan datang. Teruskan usaha, raih kejayaan!
Recent Comments