Dalam usaha memupuk kecintaan generasi muda terhadap kitab suci Al-Quran, 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗜𝘁𝗾𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 dengan kerjasama 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘄𝗮𝗿 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 telah menganjurkan program 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻𝗶 𝟯.𝟬 bertempat di kompleks Pusat Pendidikan Al-Itqan pada Sabtu, 10 Oktober 2026.

Program berprestij ini menampilkan tetamu khas, 𝗔𝗶𝘀𝘆𝗮𝗵 𝗔𝗿 𝗥𝘂𝗺𝗶, hafizah cilik yang baru-baru ini mengharumkan nama di persada dunia selepas merangkul gelaran 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮 𝟮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗗𝘂𝗯𝗮𝗶 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗛𝗼𝗹𝘆 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 𝟮𝟬𝟮𝟲.

Sebanyak dua pengisian utama telah dijalankan bagi memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah serta ibu bapa:

𝟭. 𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗞𝗲𝗶𝗯𝘂𝗯𝗮𝗽𝗮𝗮𝗻: 𝗣𝗮𝗿𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻

Sesi slot pertama yang bermula pada jam 9:30 pagi di 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗯𝗮𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗧𝗮𝗿𝗺𝗶𝘇𝗶 memfokuskan kepada para ibu bapa. Mengangkat tema “𝘔𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬 𝘈𝘯𝘢𝘬 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘈𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘮𝘪 𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘙𝘢𝘣𝘣𝘢𝘯𝘪”, slot interaktif ini dikendalikan dalam suasana penuh pengisian

Sesi yang dikendalikan oleh 𝗠𝘂𝗮𝗹𝗹𝗶𝗺 𝗜𝗸𝗯𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗺𝗼𝗱𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿 ini telah banyak mengupas panduan serta petua berharga daripada ayah Aisyah Ar Rumi dan juga daripada Aisyah sendiri mengenai kaedah, amalan, serta rutin harian yang praktikal dalam melahirkan anak-anak yang berdamping rapat dengan Al-Quran seawal usia muda.

𝟮. 𝗦𝗹𝗼𝘁 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗔𝗹-𝗜𝘁𝗾𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗶𝘀𝘆𝗮𝗵 𝗔𝗿 𝗥𝘂𝗺𝗶

Pada masa yang sama slot bersama para pendidik dijalankan secara serentak di 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗦𝗲𝗺𝗶𝗻𝗮𝗿 𝟮, 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗔𝘀-𝗦𝗶𝗱𝗱𝗶𝗾. Sesi eksklusif ini menampilkan 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗗𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗝𝘂𝗳𝗿𝗶𝗵, 𝗦.𝗣𝗱,. 𝗠.𝗣𝗱,. 𝗚𝗿. selaku 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗦𝗗 𝗧𝗮𝗵𝗳𝗶𝗱𝘇 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿’𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗨𝗸𝗵𝘂𝘄𝘄𝗮𝗵 dan juga pembimbing kepada Aisyah Ar Rumi bagi berkongsi teknik pengajaran hafazan berkesan, kaedah murajaah sistematik, serta cara mengekalkan motivasi pelajar dalam bidang al-Quran.

Pihak pengurusan 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗜𝘁𝗾𝗮𝗻 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘄𝗮𝗿 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 yang bertindak sebagai nara hubung utama. Usaha murni dan komitmen pihak yayasan dalam menghubungkan pihak sekolah dengan barisan panel jemputan antarabangsa ini telah merealisasikan penganjuran program penuh bermakna ini.

Di samping itu, pihak AL-ITQAN turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh komuniti AL-ITQAN yang memberikan komitmen luar biasa:

Kepada 𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗜𝘁𝗾𝗮𝗻 yang telah meluangkan masa, tenaga, serta komitmen yang tinggi untuk hadir dalam program Slot Guru. Kesungguhan para guru dalam menuntut ilmu bimbingan al-Quran ini membuktikan dedikasi yang tidak berbelah bahagi demi memartabatkan kualiti pendidikan Islam di institusi AL-ITQAN. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam membentuk Generasi Rabbani di bilik darjah.

Kepada 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 (𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮) atas kesudian meluangkan masa berharga pada hari hujung minggu demi menuntut ilmu keibubapaan dan memperkasakan kemahiran penyampaian Al-Quran.

Kepada 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 yang hadir atas semangat serta kehadiran penuh korus yang menghidupkan suasana dewan, sekali gus membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap majlis ilmu dan Al-Quran.

Melalui perkongsian luar biasa daripada ikon cilik dunia ini dan juga dari guru kepada Aisyah Ar Rumi, AL-ITQAN berharap jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Yayasan Mawar Pulau Pinang akan terus subur pada masa hadapan

Langkah ini amat penting dalam usaha berterusan menyokong ekosistem pendidikan Islam yang komprehensif bagi melahirkan modal insan berwibawa dan membentuk 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗥𝗮𝗯𝗯𝗮𝗻𝗶 demi masa depan ummah.

Lagi laporan bergambar di https://www.facebook.com/alitqan.official dan https://www.facebook.com/media