TUNAIKAN ZAKAT ANDA MELALUI AL-ITQAN
Setiap zakat anda tunaikan melalui AL-ITQAN bukan sekadar ibadah, tetapi juga menjadi pelita ilmu yang menerangi jalan anak-anak Islam ke arah menjadi generasi Al-Quran.
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah: 103)
MENGAPA BAYAR ZAKAT MELALUI AL-ITQAN?
✅ Sekolah Rendah Al-Itqan merupakan Wakil Kutipan Zakat (Sekolah Islam) yang dilantik secara rasmi oleh Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) bagi tempoh 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2027.
✅ Zakat anda dibayar terus kepada ZAKAT MAINPP kerana akaun bank Affin Bank (As-Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd) adalah akaun bank yang dibuka oleh Zakat MAINPP untuk AL-ITQAN.
✅ Pembayaran mudah, selamat dan boleh dilakukan secara atas talian.
✅ Resit pembayaran zakat anda adalah zakat rasmi Zakat MAINPP dalam bentuk asli yang boleh dipos ke rumah (atas permintaan) atau disediakan dalam bentuk PDF.
✅ Zakat anda layak untuk 100% rebat cukai pendapatan LHDN.
✅ Sekolah Rendah Al-Itqan telah menerima Anugerah Pengurusan Zakat MAINPP Terbaik & Inovasi 2023.
✅ Sebagai Wakil Kutipan Zakat, Sekolah Rendah Al-Itqan akan menerima pulangan sebahagian bayaran zakat daripada ZAKAT MAINPP untuk menampung sebahagian kos operasi sekolah seperti keperluan pembelajaran pelajar, gaji staf dan yuran pelajar yang memerlukan.
📲 Hantar slip bayaran dan maklumat pembayar melalui pautan
https://www.wasap.my/+60134784845/zakat
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi:
Puan Natrah, Pegawai Pengurusan Zakat AL-ITQAN (+6013-4784845) atau layari laman sesawang https://www.alitqan.edu.my/zakat-alitqan/.
Recent Comments