30 Mei 2026: Program IBADAH QURBAN AL-ITQAN AIDILADHA 2026 telah berjaya dilaksanakan bermula seawal jam 8:00 pagi dengan penuh semangat ukhuwwah dan kerjasama daripada semua pihak.
Sebanyak 3 ekor lembu telah disembelih pada tahun ini:
2 ekor daripada peserta Qurban Al-Itqan
1 ekor sumbangan seorang hamba Allah yang disalurkan melalui En. Shamsol Aziz daripada WORLD WIDE ANIMALS
Program ini turut dianjurkan bersama dengan IKRAM Kawasan Barat Daya dan IKRAM Kawasan Timur Laut.
Majlis turut diserikan dengan jamuan makan tengahari yang disediakan secara bergotong royong oleh para sukarelawan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
En. Shamsol Aziz daripada WORLD WIDE ANIMALS atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang program berlangsung selaku pembekal haiwan dan juga penyembelih.
Semua peserta qurban yang telah memberikan kepercayaan kepada Al-Itqan untuk menguruskan ibadah qurban anda pada tahun ini.
Para sukarelawan daripada kalangan guru-guru, waris, ibu bapa dan masyarakat awam yang hadir membantu sejak awal pagi dalam urusan persiapan, penyembelihan, melapah dan pengagihan daging qurban, dan juga penyediaan jamuan makanan tengahari.
Pihak kantin sekolah AL-ITQAN yang telah menyediakan tempat dan kemudahan bagi melancarkan perjalanan program.
Sesungguhnya semangat gotong-royong dan pengorbanan yang ditunjukkan menggambarkan keindahan Islam dalam memupuk kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan sesama masyarakat.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan semua pihak serta mengurniakan keberkatan kepada seluruh warga Al-Itqan.
“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban).” (Surah Al-Hajj: 34)
Recent Comments