Selepas pasukan bahas ala Parlimen pelajar Sekolah Menengah Al-Itqan bersama guru pengiring menyertai Karnival KO-Akademik Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama SABK/SMAR peringkat negeri Pulau Pinang 2026 yang berlangsung pada Isnin, 4 Mei 2026 yang lalu, maka pada hari ini, Sabtu 9 Mei 2026 tibalah pula giliran para peserta bagi acara pertandingan syarahan (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab), tilawah Al-Quran, hafazan, khat serta inovasi STEM.
Sepanjang karnival, para peserta menunjukkan kesungguhan dan memberikan saingan yang baik kepada peserta lain. Walaupun berdepan persaingan yang sengit, penyertaan ini memberi pengalaman dan pendedahan yang berharga kepada semua pelajar yang terlibat.
Sekolah Menengah Al-Itqan turut mencatat kejayaan apabila Nur Nisrina binti Abdul Hamid berjaya meraih naib johan bagi acara Khat Perempuan, di bawah bimbingan Muallimah Siti Norafiza binti Faisal Tiong.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pemenang dan semua peserta atas usaha yang ditunjukkan. Diharapkan pencapaian ini menjadi galakan untuk terus berusaha dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.
Recent Comments