Alhamdulillah, bersempena Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini, dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja di Pusat Pendidikan Al-Itqan yang saban hari mencurahkan tenaga, masa dan fikiran demi mendidik anak-anak ummah.
Sesungguhnya tugas kita bukan sekadar bekerja, tetapi memikul amanah besar membina generasi rabbani. Setiap usaha, kesabaran dan pengorbanan kalian di sisi Allah adalah ibadah yang sangat bernilai.
Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan keberkatan dalam setiap langkah perjuangan kita.
Selamat Hari Pekerja.
Teruslah menjadi pendidik yang membina jiwa, mencorak masa depan ummah.
“Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa”
Recent Comments