Susulan kejayaan mengumpulkan dana yang mencukupi bagi pembelian smartboard yang pertama, maka usaha mengutip sumbangan bagi smartboard kedua (jumlah sasaran RM9000) pula sedang berjalan bermula dari 13 Februari 2026 yang lalu.
Jumlah kutipan setakat Jumaat, 6 Mac 2026 ialah sebanyak RM3254, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang budiman.
Insya Allah, sebanyak 28 unit smartboard diperlukan bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Rendah Al-Itqan dan Sekolah Menengah Al-Itqan di bawah program Transformasi Pembelajaran Berpaksikan Digital AL-ITQAN.
Semoga usaha kecil Sedekah Jumaat ini dapat membantu merealisasikan program transformasi ini.
- SEDEKAH JUMAAT: Smartboard Kedua (RM9000) – Bermula 13 Februari 2026. Jumlah terkini RM3254 (6 Mac 2026) 36%
Recent Comments