Pusat Pendidikan Al-Itqan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Hasiah atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Tadika Pintar Al-Itqan, bermula 10 Julai 2023 hingga 13 November 2026.
Segala usaha, jasa dan pengorbanan yang telah diberikan amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Semoga segala pengalaman dan kenangan sepanjang bersama keluarga besar AL-ITQAN menjadi kenangan yang bermakna.
Selamat maju jaya!🌷🌷
Semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan, melimpahkan keberkatan rezeki serta mengurniakan kejayaan dan kebahagiaan dalam setiap langkah yang mendatang.
Terima kasih, Cikgu Hasiah. Jasa dan baktimu tetap dikenang.
Recent Comments