Kutipan smartboard unit ke empat berjaya disempurnakan dan proses pembelian sedang diusahakan. (gambar 1)

🖥️ INISIATIF SEDEKAH JUMAAT AL-ITQAN (Smartboard)

Alhamdulillah, hasil sokongan dan sumbangan para dermawan, kutipan bagi pembelian Smartboard ke-4 Pusat Pendidikan Al-Itqan telah berjaya mencapai sasaran!

💚 Jumlah Kutipan: RM9 729.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

✨ Empat buah Smartboard, empat kejayaan hasil sokongan anda!

📢 INISIATIF SETERUSNYA BERALIH KEPADA PEMBINAAN KEMUDAHAN WiFi SEKOLAH! 📶

Kini, kutipan Sedekah Jumaat AL-ITQAN bertukar fokus buat sementara ini dari pembelian Smartboard kepada pemasangan kemudahan rangkaian WiFi di bangunan sekolah demi menyokong pembelajaran digital serta penggunaan teknologi pendidikan dengan lebih optimum.

🤲 Ayuh bersama-sama kita jayakan usaha ini!

💚 Sedekah Anda, Manfaat Bersama.