Majlis pelancaran Program Panitia Syariah 2026 peringkat Sekolah Rendah Al-Itqan bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 (Tahap 2) telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.
Saksikan video gimik pelancaran ini di https://www.facebook.com/reel/1883050056020049.
Program ini didatangkan dengan pelbagai acara menarik sebagai salah satu pendekatan interaktif untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran ilmu syariah dalam kalangan murid.
Bagi memeriahkan program tersebut, pihak panitia telah menyediakan beberapa pertandingan khusus, iaitu:
- Pertandingan Video Azan
- Pertandingan Video Khutbah
- Pertandingan Video Cerita Sirah Nabi
- Pertandingan Mahir Jawi
- Pertandingan Poster Khat
Pihak pengurusan sekolah berharap agar inisiatif ini dapat menyediakan platform terbaik untuk mencungkil bakat terpendam para murid, selain memperkukuh kefahaman ilmu agama dan membentuk keperibadian akhlak yang mulia.
Memperkasa Ilmu • Mencorak Akhlak • Menyemai Kecintaan pada Islam
Panitia Syariah 2026 — Melahirkan Generasi Rabbani
Untuk berita bergambar terkini tentang Sekolah Rendah Al-Itqan, lawati Facebook Sekolah Rendah Al-Itqan.
Recent Comments