Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak-anak didik Sekolah Menengah Al-Itqan yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025 yang diumumkan baru-baru ini.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha yang berterusan, doa yang tidak putus-putus, sokongan ibu bapa, serta bimbingan para guru yang sentiasa komited mendidik

Buat para pelajar, ingatlah bahawa kejayaan bukan milik mereka yang paling hebat, tetapi milik mereka yang tidak pernah berhenti berusaha. Setiap titik peluh, setiap pengorbanan dan setiap ujian yang dilalui pasti membuahkan hasil pada waktunya.

Kepada semua adik-adik junior, jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi. Jika orang lain boleh berjaya, anda juga mampu melakukannya. Jangan takut bermula perlahan, kerana yang penting adalah terus melangkah ke hadapan

Teruskan berusaha, berdoa dan percaya pada kemampuan diri.

Insya-Allah, kejayaan yang lebih besar sedang menanti di hadapan.

Semoga terus melakar kecemerlangan di dunia dan akhirat.