𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔, 𝗠𝗨𝗔𝗟𝗟𝗜𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗦𝗠𝗔𝗪𝗜𝗬𝗔𝗛
Pusat Pendidikan Al-Itqan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Muallimah Asmawiyah atas segala jasa, kesetiaan dan pengorbanan sepanjang 29 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik di AL-ITQAN.
Sejak penubuhan AL-ITQAN pada tahun 1998, Muallimah Asmawiyah merupakan antara insan terawal yang bersama-sama menyumbang bakti dalam perjalanan membina dan memajukan institusi ini.
Sepanjang hampir tiga dekad, beliau telah mendidik, membimbing dan membentuk generasi demi generasi dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan keikhlasan.
Sesungguhnya, jasa dan sumbangan Muallimah Asmawiyah akan sentiasa terpahat dalam sejarah perjalanan AL-ITQAN. Semoga setiap ilmu yang disampaikan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap anak didik yang telah dibentuk menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya
Selamat bersara, Muallimah Asmawiyah.
“𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘶𝘨𝘢𝘴, 𝘯𝘢𝘮𝘶𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘳𝘢𝘣𝘣𝘪.
Terima kasih atas 29 tahun penuh jasa dan pengorbanan. Jasamu dikenang, baktimu sentiasa terpahat di hati warga AL-ITQAN
Recent Comments