Tahun penubuhan
Institusi
Staf (Guru dan Pentadbiran)
Pelajar
Integrasi Pendidikan Al-Itqan
Taska Amal Intelek
1 tahun hingga 3 tahun
Tadika Islam Amal Intelek (Pintar Al-Itqan)
4 tahun hingga 6 tahun
Sekolah Rendah Al-Itqan
7 tahun hingga 12 tahun
Sekolah Menengah Al-Itqan
13 tahun hingga 17 tahun
FALSAFAH PENDIDIKAN MIEB
“Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.”
“MEMBENTUK GENERASI RABBANI”
MATLAMAT AL-ITQAN
Kemenjadian Murid
- Pencapaian murid melalui penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
- Penguasaan bahasa dengan lebih baik
- Pemahaman yang unggul terhadap Al-Quran secara menyeluruh
- Pemerkasaan kemahiran diri pelajar.
- Membangunkan sikap yang berdaya saing, ingin tahu, kreatif dan kritikal.
- Pengupayaan peranan PIBG/Ibubapa/Penjaga
Guru Profesional
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- Pemerkasaan program pembangunan kemahiran dan pengurusan guru dalam pelbagai kepakaran
- Guru ikon kepada masyarakat
- Pemerkasaan kemahiran diri pelajar.
- Pembangunan program tarbiah guru dan staf
Pengurusan Cekap dan Effisien
- Pemerkasaan dan penguasaan sistem pengurusan data dan audit
- Pengukuhan dan kestabilan kewangan
- Pengupayaan program pembangunan staf
- Imej dan promosi profesional institusi
- Perkhidmatan pelanggan yang effisien
Infrastruktur yang kondusif
- Persekitaran yang selamat dan bersih
- Kelas mesra pendidikan dalam teknologi
- Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
Sejarah Al-Itqan
Institusi pertama Al-Itqan ditubuhkan pada tahun 1998 dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Islah dengan seramai 70 pelajar dan 6 orang guru di sebuah rumah dua tingkat beralamat di 459, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Selepas 10 tahun, Sekolah Menengah Al-Itqan ditubuhkan di tapak kekal milik Pusat Pendidikan Al-Itqan.
Pada tahun yang sama, Sekolah Rendah Al-Islah telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pendidikan swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Rendah Al-Itqan.
AL-ITQAN telah menubuhkan dua buah institusi iaitu pra-sekolah (4 – 6 tahun) dan institusi yang berasaskan kepada sistem pendidikan pondok dan tahfiz.
Pendaftaran Tadika Permata Al-Itqan di bawah kelolaan Tadika Islam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah dilakukan dan ditukar nama ke Tadika Islam Amal Intelek.
Langkah melancarkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap di AL-ITQAN telah membawa kepada penubuhan Bahagian Pentadbiran Al-Itqan yang memusatkan bahagian kewangan, bahagian sumber manusia, bahagian media dan teknikal serta bahagian pengoperasian.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan sumbangan CSR syarikat pembangunan hartanah kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan melalui pembinaan 4 blok bangunan pendidikan 5 tingkat yang boleh menampung 1000 orang pelajar di tanah kekal kepunyaan AL-ITQAN.
AL-ITQAN telah menubuhkan Taska Amal Intelek, sebuah institusi penjagaan kanak-kanak seawal usia 1 tahun sehingga 3 tahun sebagai sistem sokongan kepada staf yang mempunyai anak kecil. Taska ini juga berperanan sebagai takungan transisi awal pendidikan yang disediakan oleh AL-ITQAN sebelum ke peringkat seterusnya.
Di samping itu, tanah kekal milik Pusat Pendidikan Al-Itqan ini telah dikosongkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Pendidikan Al-Itqan yang dijangka disiapkan pada tahun 2023.
Lantaran itu, Sekolah Menengah Al-Itqan telah berpindah untuk beroperasi secara sementara ke Bangunan Sekolah Agama Sungai Ara yang berjarak 15 km dari tempat asal.
Majlis perasmian pembinaan (pecah tanah) bangunan Pusat Pendidikan Al-Itqan telah dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada 24 April 2021.
Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) Pusat Pendidikan Al-Itqan ketika ini ialah Prof. Madya Dr Abdul Halim.
Kompleks Pusat Pendidikan Al-Itqan telah diserahkan oleh pemaju untuk diduduki. Perasmian kompleks ini telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid pada 19 Ogos 2024.
Kompleks ini mempunyai EMPAT (4) blok bangunan LIMA (5) tingkat yang menampung Sekolah Menengah Al-Itqan, Sekolah Rendah Al-Itqan dan Tadika Amal Intelek (Pintar Al-Itqan) dengan bilangan pelajar seramai 497 orang dan 85 staf (guru dan pentadbiran).
Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pusat Pendidikan Al-Itqan pada 19 Ogos 2024
Turut mendapat liputan di dalam Buletin Mutiara https://www.buletinmutiara.com/pusat-pendidikan-al-itqan-jadi-satu-lagi-mercu-tanda-pembangunan-wakaf-negeri-tkm1/
Majlis Perasmian Pembinaan (Pecah Tanah) Bangunan Pusat Pendidikan Al-Itqan pada 24 April 2021
Pelaporan beritan dalam Buletin Mutiara https://www.buletinmutiara.com/projek-pembinaan-pusat-pendidikan-al-itqan-beri-nilai-tambah-kepada-masyarakat-islam-di-pulau-pinang-kon-yeow/