Pejabat : +604 649 1158. Email: [email protected]. Waktu Operasi: 8.00AM - 5.00PM

Pengenalan

 

Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) merupakan salah sebuah pusat pendidikan Islam rangkaian Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM-MUSLEH).

Penubuhan institusi ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dalam urusan dunia dan akhirat.

Sejarah Penubuhan

 

PPAIQ ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Sekolah Rendah Islam (SRI) AL-Islah dengan seramai 70 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar di sebuah rumah banglo beralamat Lot 347-348 Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bilangan Pelajar Batch Pertama

Bilangan Tenaga Pengajar

Sehingga Kini

 

Pusat Pendidikan Al-Itqan telah berjaya untuk menubuhkan empat (4) buah institusi iaitu, Sekolah Rendah Al-Itqan (1998), Sekolah Menengah Al-Itqan (2008), Maahad Tahfiz Al-Itqan (2015), Tadika Amal Intelek (2015).

Pada tahun 2017, jumlah pelajar bagi semua institusi dibawah Pusat Pendidikan Al-Itqan telah mencecah seramai 335 orang pelajar

Pelajar Tadika

Pelajar Sekolah Rendah

Pelajar Sekolah Menengah

Pelajar Maahad Tahfiz

Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) merupakan salah sebuah pusat pendidikan Islam rangkaian Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM-MUSLEH). Pusat Pendidikan Al-Itqan menggabungkan pembelajaran ilmu keagamaan (diniah) dan kurikulum bersepadu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikannya.

Penubuhan institusi ini adalah bertujuan melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dalam urusan dunia dan akhirat.

PPAIQ ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Sekolah Rendah Islam (SRI) AL-Islah dengan seramai 70 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar di sebuah rumah banglo beralamat Lot 347-348 Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kemudian, pada tahun 2008, Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah telah berjaya ditubuhkan di tapak tanah kekal milik institusi ini. Pada tahun yang sama, Sekolah Rendah Islam Al-Islah telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pendidikan swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Rendah Al-Itqan.

Pada tahun 2015, Pusat Pendidikan Al-Itqan telah menubuhkan dua(2) buah lagi institusi iaitu sebuah prasekolah yang diberi nama Permata Itqan & sebuah institusi yang berpandukan kepada sistem pendidikan pondok iaitu Maahad Tahfiz Al-Itqan. Kemudian pada tahun 2016, nama Tadika Amal Intelek digunakan untuk menggantikan Permata Itqan. Dan pada tahun ini juga, bangunan Maahad Tahfiz Al-Itqan telah dinaik taraf dengan kelas yang lebih luas dah selesa.

Kini, Pusat Pendidikan Al-Itqan dari Sekolah Rendah (SRI) Al-Itqan dan Sekolah Menengah (SMI) Al-Itqan mempunyai lebih kurang 220 orang pelajar sekolah rendah dengan 27 orang tenaga pengajar dan 70 orang pelajar sekolah menengah dengan seramai 14 orang pendidik. Manakala Tadika Amal Intelek telah meningkat seramai 30 orang pelajar dari 12 orang sahaja pada tahun sebelumnya serta Maahad Tahfiz Al-Itqan mempunyai 14 orang pelajar yang telah meningkat dari hanya 4 orang pelajar pada permulaan tahun 2015. Masing-masing mempunyai seramai 2 dan 4 orang tenaga pengajar.

Semua institusi di bawah PPAIQ ini menekankan tarbiyah dalam sistem pendidikannya. Supaya dengan adanya institusi ini, ia akan membuka peluang kepada masyarakat yang mementingkan kedua-dua aspek pendidikan akademik dan agama untuk anak-anak mereka.