Infaq Kipas Gergasi AL-ITQAN 2026 (gambar 1)

Infaq Kipas Gergasi AL-ITQAN 2026

Kipas gergasi dan penhawa dingin

DEWAN AT-TARMIZI KINI LEBIH SELESA!

Alhamdulillah, satu lagi penambahbaikan kemudahan di Pusat Pendidikan Al-Itqan telah berjaya dilaksanakan dengan kos keseluruhan sebanyak RM32944.

Initiatif pengumpulan dana yang diusahakan sepanjang tempoh Ramadan, bermula dari 24 Februari sehingga 20 Mac 2026 telah berjaya mengumpul jumlah infaq sebanyak RM24,857 daripada para penyumbang budiman. Selain itu, sumbangan sebanyak RM7865 daripada ahli Parlimen Balik Pulau, YB Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik. Baki sebanyak RM222 ditampung dari dana Pembangunan Sekolah, Pusat Pendidikan Al-Itqan.

Dewan At-Tarmizi kini dilengkapi dengan:

🌬️ Kipas Gergasi (Giant Fan)
❄️ Penghawa Dingin (Air Conditioner)

Pemasangan kemudahan ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan keselesaan, pengudaraan dan suasana kondusif bagi murid, guru, staf, ibu bapa serta para tetamu yang menggunakan Dewan At-Tarmizi.

❤️ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT PARA PENYUMBANG

Pihak Pusat Pendidikan Al-Itqan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan, sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan usaha penambahbaikan kemudahan ini.

Sesungguhnya, setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam membantu menyediakan ruang pembelajaran dan aktiviti yang lebih selesa serta kondusif untuk warga Al-Itqan.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati Allah SWT

Yang menjalankan amanah
Natrah Mohd Nazari
Pegawai Dana dan Pemasaran

Kipas Gergasi Sumbangan Ramadan 2026

Imbas kod QR untuk menyumbang Pembelian Kipas Gergasi

QR code Sedekah Jumaat